Rabu, 19 Februari 2014

SELANGOR DARUL EHSAN


Negeri Selangor Darul Ehsan adalah salah satu negeri di Pantai Barat Semenanjung Malaysia dan mengelilingi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya kerana kedua-duanya pernah bernaung dibawah Kerajaan Selangor satu ketika dahulu.Negeri Selangor berkeluasan 8,104 km2 (3,129 sq mi)km2.

Ibu negeri Selangor adalah Shah Alam yang menjadi bandaraya pertama di Malaysia yang terancang dan tersusun.Seperti negeri yang lain,Selangor juga mempunyai Bandar Diraja iaitu Klang yang pernah menjadi ibu negeri Selangor sebelum bertukar ke Shah Alam.Selangor adalah satu-satunya negeri yang mempunyai lebih dari satu bandaraya di Malaysia.



Lokasi negeri Selangor didalam Malaysia


Daerah di negeri Selangor

Selangor merupakan sebuah negeri yang terkaya di Malaysia berdasarkan didalam Keluaran Dalam Negeri Kasar sebanyak RM 128,815 billion,juga merupakan sebuah negeri maju di Malaysia kerana kemudahan infrastruktur yang lengkap dan canggih dan merupakan negeri yang mempunyai penduduk yang padat dengan populasi sebanyak 5,462,141 penduduk.


SEJARAH SELANGOR

Asal Nama Selangor

Nama Selangor diambil bersempena nama Sungai Selangor.Namun,terdapat pelbagai pendapat nama negeri ini diambil antaranya nama Selangor diambil bersempena nama dari seekor langau iaitu sejenis serangga spesis lalat berwarna hijau.Cerita ini bermula apabila pahlawan dan pengikut dari Melaka melakukan perjalanan ke utara telah berehat di tebing sungai (dipercayai Sungai Selangor).Sedang pahlawan itu mahu melelapkan mata,tiba-tiba seekor langau hinggap di hidungnya menyebabkan pahlawan tersebut marah dan menampar sekuat hatinya.Namun,langau tersebut telah terlepas dan menyebabkan pahlawan itu berfikir sejenak bahawa dia yang tidak dikalahkan sebelum ini telah tewas hanya seekor langau.Kemudian,beliau telah membuka sebuah penempatan yang diberi nama Se-Langau dan kemudian menjadi sebutan Selangor

Terdapat juga nama Selangor berasal dari sejenis pokok Mentangau yang berada di pinggir Sungai Selangor yang menjadi menanda aras para pedagang yang berdagang di Kuala Selangor.Terdapat juga asal perkataan lain bagi Selangor iaitu 'salang' dan 'jemur',Salangur,Salengor,Solongor,Sorlangar,Sara Hongar,Chalangor,Charanguror dan Challongor.

Sejarah Selangor bermula dari abad ke-15 semasa Selangor berada di bawah pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka.Selepas kejatuhan Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511 , kawasan itu menjadi rebutan antara Portugis, Johor,Aceh dan Siam. Apabila Belanda menewaskan Portugis dari Melaka pada tahun 1641,mereka membawa masuk askar upahan Bugis dari Sulawesi.Kemudian,peneroka Bugis telah menubuhkan kesultanan di Selangor pada tahun 1740.

Penjajahan Belanda di Selangor.

Kota Melawati.Kini dipanggil Bukit Melawati

Penguasaan kuasa barat bermula pada 2 Ogos 1785 setelah tertawannya Kota Melawati di Kuala Selangor yang berpunca dari sakit hati kerajaan Belanda terhadap Sultan Ibrahim,Sultan Selangor kedua (1782-1826) yang sentiasa menentang Belanda di Melaka untuk membantu kerajaan Johor-Riau mengembalikan takhtanya di Negeri Melaka.Dibawah pemerintahan Belanda,Kota Melawati diperbaiki dan ditingkatkan pertahanannya dari serangan dan dinamakan Kota Altingsburg sempena nama Gabenor Jeneral Belanda,Gabenor Alting.

Selepas setahun Negeri Selangor ditakluki Belanda,akhirnya serangan dibawah pimpinan Sultan Ibrahim dengan bantuan Bendahara Tun Abdul Majid dari Pahang telah berjaya menduduki semula Kuala Selangor hanya semalaman.


Penjajahan Inggeris di Selangor.
Kekayaan sumber negeri Selangor telah menyebabkan pertikaian pembesar daerah maka tercetusnya Perang Saudara Klang dan memberi manfaat kepada British untuk meletakkan Residen di Selangor.

Perang Klang

Peta semasa penjajahan Portugis di Tanah Melayu pada abad ke-16,Selangor tersenarai didalam peta ini.

      Pada tahun 1896,Residen Frank Swettenham menyatukan Selangor dengan Negeri Sembilan, Perak dan Pahang untuk membentuk Negeri-Negeri Melayu Bersekutu yang berpusat di Kuala Lumpur.

      Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (kuning)

      Selangor selepas kemerdekaan

      Persekutuan Tanah Melayu berkembang menjadi Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948, yang mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, dan Malaysia pada tahun 1963. Bandar Kuala Lumpur berfungsi sebagai kedua-dua ibu negara Malaysia dan ibu negeri Selangor. Pada tahun 1974, Selangor menyerahkan Kuala Lumpur kepada kerajaan persekutuan dan ibu negeri Selangor dipindahkan ke Shah Alam.

      Kuala Lumpur pada zaman pasca-kemerdekaan
      Muzium Negeri Selangor yang dibom oleh tentera Jepun pada Perang Dunia Ke-2.Banyak artifak dan manuskrip serta barangan bersejarah terbakar namun ada yang masih terselamat.
      Shah Alam - Ibu Negeri Selangor
      Klang - bandar diraja Selangor yang juga pernah menjadi ibu negeri Selangor.

            Kota Darul Ehsan-lambang pengorbanan Selangor menyerahkan Kuala Lumpur kepada kerajaan pusat.


      IDENTITI SELANGOR
      Setiap negeri mempunyai identiti yang tersendiri.Begitu juga dengan negeri Selangor yang mempunyai identiti kenegerian yang tersendiri.

      Bendera Selangor

      Bendera Pertama negeri Selangor (1784)

      Kali pertama bendera ini dilihat anda akan menyamakan dengan bendera kerajaan Sepanyol bukan?Tetapi janganlah pelik kerana inilah bendera bagi negeri Selangor yang pertama kali dicipta oleh Sultan Ibrahim pada tahun 1784 bagi kegunaan rasmi Kerajaan Kesultanan Selangor yang pertama di pusat pemerintahannya di Kota Melawati,Kuala Selangor.Penjajah Belanda kemudian menyerang kota tersebut dan membawanya kembali ke Amsterdam,Belanda dan berada disana sehingga kini.


      Bendera negeri Selangor kini

      Kemudian,pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Samad (1859-1898),negeri Selangor melalui zaman kegemilangannya dan rakyat perlukan identiti untuk dibanggakan.Oleh itu,tuanku sendiri mencipta bendera ini mengikut susunan dan kreativiti tuanku sendiri dan hasilnya,terjadilah bendera rasmi bagi negeri Selangor.Baginda masih menggunakan tema warna merah dan kuning serta lambang geometri berkenaan agama Islam serta 4 kotak berbentuk segi empat yang berwarna merah dan kuning.Pada awal penciptaan,bulan dan bintang diwarnakan kuning tetapi bertukar ke warna putih.
      • Merah dan Kuning-darah dan daging adalah unsur-unsur untuk memberi jiwa dan raga kepada negeri.
      • Putih-Kesucian agama Islam.
      • Bulan dan Bintang-Lambang agama Islam,lima bucu bintang melambangkan lima rukun Islam.

      Jata Selangor



      • Anak Bulan dan Bintang-lambang agama Islam.
      • Alatan kebesaran negeri-Tombak Merah ditengah,Keris Panjang di sebelah kiri dan Keris Pendek di sebelah kanan.
      • Cogan Kata-Dipelihara Allah dalam tulisan Jawi.
      • Tali Bengkong-ikat pinggang oleh pahlawan zaman dahulu.

      Lagu Negeri Selangor

      Duli Yang Maha Mulia
      Merupakan lagu kebesaran negeri Selangor yang dicipta oleh Pengarah Orkestra Filem Negara Malaysia, Encik Saiful Bahri pada tahun 1966 bagi dinyanyikan oleh seluruh rakyat negeri Selangor dengan penuh bersemangat.





      PENTADBIRAN
      Negeri Selangor mempunyai 9 daerah yang mempunyai pemerintahannya tersendiri.Setiap satu daerah pula dibahagikan kepada beberapa mukim yang sentiasa bertambah mengikut keadaan yang tertentu.Setiap daerah dipimpin oleh seorang Ahli Parlimen atau lebih dan setiap mukim dipimpin oleh Ahli Dewan Undangan Negeri.


      Daerah dan Mukim negeri Selangor

      Sembilan daerah yang terdapat di negeri Selangor adalah:

      1. Kuala Selangor
      2. Sabak Bernam
      3. Gombak
      4. Hulu Selangor
      5. Klang
      6. Petaling
      7. Sepang
      8. Kuala Langat
      9. Hulu Langat
      Pihak berkuasa tempatan adalah pentadbir bagi sebuah daerah,yang setiap satu daerah mempunyai 1 PBT atau lebih.Ia bertujan untuk menjaga kebersihan bandar,mengutip cukai,merancang pembangunan bandar dan mencantikkan bandar.

      Kuala Selangor

      Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS)


      Sabak Bernam

      Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB)

      Gombak

      Majlis Perbandaran Selayang (MPS)

      Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ)

      Hulu Selangor

      Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS)

      Klang

      Majlis Perbandaran Klang (MPK)


      Petaling

      Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)

      Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ)
      Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)

      Sepang

      Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang)

      Kuala Langat

      Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL)

      Hulu Langat


      Majlis Pembandaran Kajang (MPKj)




      POLITIK DAN PEMERINTAHAN

      Negeri selangor merupakan negeri yang diperintah oleh Sultan Selangor dan menggunakan sistem raja perlembagaan sebagai asas pemerintahan negeri.

      Bangunan Dewan Undangan Negeri Selangor

      Sultan Selangor

      Merupakan ketua bagi segala pemerintahan negeri,mengetuai eksekutif negeri dan ketua bagi agama Islam.Kedudukan ini hanya boleh diisi dari keluarga diraja sultan Selangor sahaja.Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj menaiki takhta sebagai Sultan Selangor ke-9 pada 21 November 2001.
      1. Almarhum Sultan Salehuddin Ibni Almarhum Yamtuan Muda  Daeng Chelak, 1766 -1782
      2. Almarhum Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Salehuddin, 1782-1826
      3. Almarhum Sultan Muhammad Ibni Almarhum Sultan Ibrahim, 1826-1857
      4. Almarhum Sultan Abdul Samad Ibni Almarhum Raja Abdullah,1857-1898
      5. Almarhum Sultan Sir Alaeddin Suleiman Shah Ibni Almarhum Raja Muda Musa, 1898-1938
      6. Almarhum Sultan Sir Hisamuddin Alam Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Sir Alaeddin Suleiman Shah, 1938-1942 dan 1945-1960
      7. Almarhum Sultan Musa Ghiatuddin Riayat Shah Ibni Almarhum Sultan Sir Alaeddin Suleiman Shah, 1942-1945
      8. Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Sir Hisamuddin Alam Shah Alhaj, 1960-2001
      9. Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, 2001-kini



      Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj





      Istana rasmi Sultan Selangor

      Majlis Eksekutif Negeri

      Majlis Eksekutif Negeri bersama-sama dengan Sultan adalah cawangan eksekutif kerajaan negeri yang ditubuhkan mengikut Perlembagaan 1959. Ia terdiri daripada Menteri Besar,yang merupakan Pengerusi dan Ketua Kerajaan Selangor dan sepuluh ahli-ahli lain.Menteri Besar dan ahli-ahli Majlis dilantik oleh Sultan Selangor dari ahli-ahli Dewan Undangan Negeri.


      Menteri Besar -Yang Amat Berhormat Mohamed Azmin Ali 
      Barisan EXCO kerajaan negeri Selangor


      Dewan Undangan Negeri
      Negeri ini juga mempunyai cawangan perundangan, dipanggil Dewan Undangan Negeri Selangor. Ia adalah serupa dengan Parlimen tetapi undang-undang yang berhubungan dengan Negeri. Ahlinya dipilih dalam pilihan raya yang biasanya diadakan serentak dengan pilihan raya Persekutuan. Setiap ahli Dewan Undangan Negeri adalah terhad untuk lima tahun. Dewan Undangan Negeri mesti dibubarkan sebelum atau setelah tamat tempohnya yang jangka pilihanraya segar untuk melantik ahli-ahli.

      Dewan Undangan Negeri Selangor


      DEMOGRAFI DAN POPULASI

      Selangor adalah negeri yang mempunyai penduduk paling ramai di Malaysia.Sejak kepesatan Kuala Lumpur sebagai ibu negeri Selangor semasa zaman pasca-kemerdekaan,ramai para imigran dari luar negara dari China dan India dibawa masuk oleh penjajah Inggeris bagi melancarkan sistem ekonomi mereka di sektor perlombongan bijih timah.Kepesatan sektor inilah yang menyumbang kepada pembukaan bandar-bandar besar seperti Klang,Kajang,Gombak dan Petaling.Selepas kemerdekaan Tanah Melayu dan Pembentukan Malaysia,Kuala Lumpur menjadi ibu negara Malaysia sebagai pusat pemerintahan,ekonomi,sosial,pelancongan dan kebudayaan negara dan kepesatan inilah yang menyumbang kepada migrasi di negeri Selangor.Penghijrahan dari negeri lain juga menyumbang kepada pertambahan populasi di negeri Selangor setelah pembukaan Petaling Jaya dan Shah Alam yang mempunyai infrastruktur yang lengkap dan tersusun serta peluang pekerjaan yang meluas di kawasan Lembah Klang.

      Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia,seramai 5 juta atau 5,462,141 bagi negeri Selangor pada tahun 2010 yang menunjukkan populasi teramai dan terpadat di Malaysia.

      1 ulasan:

      1. The best casino site for free spins and win real money on
        Try a free casino site that gives you all luckyclub of your favourite casino games, including slots, table games, video poker, roulette,

        BalasPadam