Rabu, 19 Februari 2014

SELANGOR DARUL EHSAN


Negeri Selangor Darul Ehsan adalah salah satu negeri di Pantai Barat Semenanjung Malaysia dan mengelilingi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya kerana kedua-duanya pernah bernaung dibawah Kerajaan Selangor satu ketika dahulu.Negeri Selangor berkeluasan 8,104 km2 (3,129 sq mi)km2.

Ibu negeri Selangor adalah Shah Alam yang menjadi bandaraya pertama di Malaysia yang terancang dan tersusun.Seperti negeri yang lain,Selangor juga mempunyai Bandar Diraja iaitu Klang yang pernah menjadi ibu negeri Selangor sebelum bertukar ke Shah Alam.Selangor adalah satu-satunya negeri yang mempunyai lebih dari satu bandaraya di Malaysia.



Lokasi negeri Selangor didalam Malaysia


Daerah di negeri Selangor

Selangor merupakan sebuah negeri yang terkaya di Malaysia berdasarkan didalam Keluaran Dalam Negeri Kasar sebanyak RM 128,815 billion,juga merupakan sebuah negeri maju di Malaysia kerana kemudahan infrastruktur yang lengkap dan canggih dan merupakan negeri yang mempunyai penduduk yang padat dengan populasi sebanyak 5,462,141 penduduk.


SEJARAH SELANGOR

Asal Nama Selangor

Nama Selangor diambil bersempena nama Sungai Selangor.Namun,terdapat pelbagai pendapat nama negeri ini diambil antaranya nama Selangor diambil bersempena nama dari seekor langau iaitu sejenis serangga spesis lalat berwarna hijau.Cerita ini bermula apabila pahlawan dan pengikut dari Melaka melakukan perjalanan ke utara telah berehat di tebing sungai (dipercayai Sungai Selangor).Sedang pahlawan itu mahu melelapkan mata,tiba-tiba seekor langau hinggap di hidungnya menyebabkan pahlawan tersebut marah dan menampar sekuat hatinya.Namun,langau tersebut telah terlepas dan menyebabkan pahlawan itu berfikir sejenak bahawa dia yang tidak dikalahkan sebelum ini telah tewas hanya seekor langau.Kemudian,beliau telah membuka sebuah penempatan yang diberi nama Se-Langau dan kemudian menjadi sebutan Selangor

Terdapat juga nama Selangor berasal dari sejenis pokok Mentangau yang berada di pinggir Sungai Selangor yang menjadi menanda aras para pedagang yang berdagang di Kuala Selangor.Terdapat juga asal perkataan lain bagi Selangor iaitu 'salang' dan 'jemur',Salangur,Salengor,Solongor,Sorlangar,Sara Hongar,Chalangor,Charanguror dan Challongor.

Sejarah Selangor bermula dari abad ke-15 semasa Selangor berada di bawah pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka.Selepas kejatuhan Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511 , kawasan itu menjadi rebutan antara Portugis, Johor,Aceh dan Siam. Apabila Belanda menewaskan Portugis dari Melaka pada tahun 1641,mereka membawa masuk askar upahan Bugis dari Sulawesi.Kemudian,peneroka Bugis telah menubuhkan kesultanan di Selangor pada tahun 1740.

Penjajahan Belanda di Selangor.

Kota Melawati.Kini dipanggil Bukit Melawati

Penguasaan kuasa barat bermula pada 2 Ogos 1785 setelah tertawannya Kota Melawati di Kuala Selangor yang berpunca dari sakit hati kerajaan Belanda terhadap Sultan Ibrahim,Sultan Selangor kedua (1782-1826) yang sentiasa menentang Belanda di Melaka untuk membantu kerajaan Johor-Riau mengembalikan takhtanya di Negeri Melaka.Dibawah pemerintahan Belanda,Kota Melawati diperbaiki dan ditingkatkan pertahanannya dari serangan dan dinamakan Kota Altingsburg sempena nama Gabenor Jeneral Belanda,Gabenor Alting.

Selepas setahun Negeri Selangor ditakluki Belanda,akhirnya serangan dibawah pimpinan Sultan Ibrahim dengan bantuan Bendahara Tun Abdul Majid dari Pahang telah berjaya menduduki semula Kuala Selangor hanya semalaman.


Penjajahan Inggeris di Selangor.
Kekayaan sumber negeri Selangor telah menyebabkan pertikaian pembesar daerah maka tercetusnya Perang Saudara Klang dan memberi manfaat kepada British untuk meletakkan Residen di Selangor.

Perang Klang

Peta semasa penjajahan Portugis di Tanah Melayu pada abad ke-16,Selangor tersenarai didalam peta ini.

      Pada tahun 1896,Residen Frank Swettenham menyatukan Selangor dengan Negeri Sembilan, Perak dan Pahang untuk membentuk Negeri-Negeri Melayu Bersekutu yang berpusat di Kuala Lumpur.

      Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (kuning)

      Selangor selepas kemerdekaan

      Persekutuan Tanah Melayu berkembang menjadi Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948, yang mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, dan Malaysia pada tahun 1963. Bandar Kuala Lumpur berfungsi sebagai kedua-dua ibu negara Malaysia dan ibu negeri Selangor. Pada tahun 1974, Selangor menyerahkan Kuala Lumpur kepada kerajaan persekutuan dan ibu negeri Selangor dipindahkan ke Shah Alam.

      Kuala Lumpur pada zaman pasca-kemerdekaan
      Muzium Negeri Selangor yang dibom oleh tentera Jepun pada Perang Dunia Ke-2.Banyak artifak dan manuskrip serta barangan bersejarah terbakar namun ada yang masih terselamat.
      Shah Alam - Ibu Negeri Selangor
      Klang - bandar diraja Selangor yang juga pernah menjadi ibu negeri Selangor.

            Kota Darul Ehsan-lambang pengorbanan Selangor menyerahkan Kuala Lumpur kepada kerajaan pusat.


      IDENTITI SELANGOR
      Setiap negeri mempunyai identiti yang tersendiri.Begitu juga dengan negeri Selangor yang mempunyai identiti kenegerian yang tersendiri.

      Bendera Selangor

      Bendera Pertama negeri Selangor (1784)

      Kali pertama bendera ini dilihat anda akan menyamakan dengan bendera kerajaan Sepanyol bukan?Tetapi janganlah pelik kerana inilah bendera bagi negeri Selangor yang pertama kali dicipta oleh Sultan Ibrahim pada tahun 1784 bagi kegunaan rasmi Kerajaan Kesultanan Selangor yang pertama di pusat pemerintahannya di Kota Melawati,Kuala Selangor.Penjajah Belanda kemudian menyerang kota tersebut dan membawanya kembali ke Amsterdam,Belanda dan berada disana sehingga kini.


      Bendera negeri Selangor kini

      Kemudian,pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Samad (1859-1898),negeri Selangor melalui zaman kegemilangannya dan rakyat perlukan identiti untuk dibanggakan.Oleh itu,tuanku sendiri mencipta bendera ini mengikut susunan dan kreativiti tuanku sendiri dan hasilnya,terjadilah bendera rasmi bagi negeri Selangor.Baginda masih menggunakan tema warna merah dan kuning serta lambang geometri berkenaan agama Islam serta 4 kotak berbentuk segi empat yang berwarna merah dan kuning.Pada awal penciptaan,bulan dan bintang diwarnakan kuning tetapi bertukar ke warna putih.
      • Merah dan Kuning-darah dan daging adalah unsur-unsur untuk memberi jiwa dan raga kepada negeri.
      • Putih-Kesucian agama Islam.
      • Bulan dan Bintang-Lambang agama Islam,lima bucu bintang melambangkan lima rukun Islam.

      Jata Selangor



      • Anak Bulan dan Bintang-lambang agama Islam.
      • Alatan kebesaran negeri-Tombak Merah ditengah,Keris Panjang di sebelah kiri dan Keris Pendek di sebelah kanan.
      • Cogan Kata-Dipelihara Allah dalam tulisan Jawi.
      • Tali Bengkong-ikat pinggang oleh pahlawan zaman dahulu.

      Lagu Negeri Selangor

      Duli Yang Maha Mulia
      Merupakan lagu kebesaran negeri Selangor yang dicipta oleh Pengarah Orkestra Filem Negara Malaysia, Encik Saiful Bahri pada tahun 1966 bagi dinyanyikan oleh seluruh rakyat negeri Selangor dengan penuh bersemangat.





      PENTADBIRAN
      Negeri Selangor mempunyai 9 daerah yang mempunyai pemerintahannya tersendiri.Setiap satu daerah pula dibahagikan kepada beberapa mukim yang sentiasa bertambah mengikut keadaan yang tertentu.Setiap daerah dipimpin oleh seorang Ahli Parlimen atau lebih dan setiap mukim dipimpin oleh Ahli Dewan Undangan Negeri.


      Daerah dan Mukim negeri Selangor

      Sembilan daerah yang terdapat di negeri Selangor adalah:

      1. Kuala Selangor
      2. Sabak Bernam
      3. Gombak
      4. Hulu Selangor
      5. Klang
      6. Petaling
      7. Sepang
      8. Kuala Langat
      9. Hulu Langat
      Pihak berkuasa tempatan adalah pentadbir bagi sebuah daerah,yang setiap satu daerah mempunyai 1 PBT atau lebih.Ia bertujan untuk menjaga kebersihan bandar,mengutip cukai,merancang pembangunan bandar dan mencantikkan bandar.

      Kuala Selangor

      Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS)


      Sabak Bernam

      Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB)

      Gombak

      Majlis Perbandaran Selayang (MPS)

      Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ)

      Hulu Selangor

      Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS)

      Klang

      Majlis Perbandaran Klang (MPK)


      Petaling

      Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)

      Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ)
      Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)

      Sepang

      Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang)

      Kuala Langat

      Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL)

      Hulu Langat


      Majlis Pembandaran Kajang (MPKj)




      POLITIK DAN PEMERINTAHAN

      Negeri selangor merupakan negeri yang diperintah oleh Sultan Selangor dan menggunakan sistem raja perlembagaan sebagai asas pemerintahan negeri.

      Bangunan Dewan Undangan Negeri Selangor

      Sultan Selangor

      Merupakan ketua bagi segala pemerintahan negeri,mengetuai eksekutif negeri dan ketua bagi agama Islam.Kedudukan ini hanya boleh diisi dari keluarga diraja sultan Selangor sahaja.Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj menaiki takhta sebagai Sultan Selangor ke-9 pada 21 November 2001.
      1. Almarhum Sultan Salehuddin Ibni Almarhum Yamtuan Muda  Daeng Chelak, 1766 -1782
      2. Almarhum Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Salehuddin, 1782-1826
      3. Almarhum Sultan Muhammad Ibni Almarhum Sultan Ibrahim, 1826-1857
      4. Almarhum Sultan Abdul Samad Ibni Almarhum Raja Abdullah,1857-1898
      5. Almarhum Sultan Sir Alaeddin Suleiman Shah Ibni Almarhum Raja Muda Musa, 1898-1938
      6. Almarhum Sultan Sir Hisamuddin Alam Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Sir Alaeddin Suleiman Shah, 1938-1942 dan 1945-1960
      7. Almarhum Sultan Musa Ghiatuddin Riayat Shah Ibni Almarhum Sultan Sir Alaeddin Suleiman Shah, 1942-1945
      8. Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Sir Hisamuddin Alam Shah Alhaj, 1960-2001
      9. Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, 2001-kini



      Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj





      Istana rasmi Sultan Selangor

      Majlis Eksekutif Negeri

      Majlis Eksekutif Negeri bersama-sama dengan Sultan adalah cawangan eksekutif kerajaan negeri yang ditubuhkan mengikut Perlembagaan 1959. Ia terdiri daripada Menteri Besar,yang merupakan Pengerusi dan Ketua Kerajaan Selangor dan sepuluh ahli-ahli lain.Menteri Besar dan ahli-ahli Majlis dilantik oleh Sultan Selangor dari ahli-ahli Dewan Undangan Negeri.


      Menteri Besar -Yang Amat Berhormat Mohamed Azmin Ali 
      Barisan EXCO kerajaan negeri Selangor


      Dewan Undangan Negeri
      Negeri ini juga mempunyai cawangan perundangan, dipanggil Dewan Undangan Negeri Selangor. Ia adalah serupa dengan Parlimen tetapi undang-undang yang berhubungan dengan Negeri. Ahlinya dipilih dalam pilihan raya yang biasanya diadakan serentak dengan pilihan raya Persekutuan. Setiap ahli Dewan Undangan Negeri adalah terhad untuk lima tahun. Dewan Undangan Negeri mesti dibubarkan sebelum atau setelah tamat tempohnya yang jangka pilihanraya segar untuk melantik ahli-ahli.

      Dewan Undangan Negeri Selangor


      DEMOGRAFI DAN POPULASI

      Selangor adalah negeri yang mempunyai penduduk paling ramai di Malaysia.Sejak kepesatan Kuala Lumpur sebagai ibu negeri Selangor semasa zaman pasca-kemerdekaan,ramai para imigran dari luar negara dari China dan India dibawa masuk oleh penjajah Inggeris bagi melancarkan sistem ekonomi mereka di sektor perlombongan bijih timah.Kepesatan sektor inilah yang menyumbang kepada pembukaan bandar-bandar besar seperti Klang,Kajang,Gombak dan Petaling.Selepas kemerdekaan Tanah Melayu dan Pembentukan Malaysia,Kuala Lumpur menjadi ibu negara Malaysia sebagai pusat pemerintahan,ekonomi,sosial,pelancongan dan kebudayaan negara dan kepesatan inilah yang menyumbang kepada migrasi di negeri Selangor.Penghijrahan dari negeri lain juga menyumbang kepada pertambahan populasi di negeri Selangor setelah pembukaan Petaling Jaya dan Shah Alam yang mempunyai infrastruktur yang lengkap dan tersusun serta peluang pekerjaan yang meluas di kawasan Lembah Klang.

      Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia,seramai 5 juta atau 5,462,141 bagi negeri Selangor pada tahun 2010 yang menunjukkan populasi teramai dan terpadat di Malaysia.

      Khamis, 23 Januari 2014

      Bandar Puncak Alam : Bandar Idamanku.

      PUNCAK ALAM



      “Apa itu Puncak Alam??aper bender tu??? klau ia tempat,kat mane???”itu adalah reaksi kawan aku dan kenalan aku kalau aku tanya soalan tu masa aku kcik2 dulu.Klau korang nak tau,sudah 10 tahun aku duduk kt Puncak Alam,macam2 dugaan,susah ,senang perit sepanjang kehidupan aku disini...lagi bagus klau aku bagitau jer kesemua info yang aku tau.

      PUNCAK ALAM DIDALAM DAERAH KUALA SELANGOR

      Secara umumnya Daerah Kuala Selangor terletak di bahagian utara Negeri Selangor dengan disempadani oleh Daerah Klang dan Petaling di sebelah selatan, Daerah Gombak dan Hulu Selangor di sebelah timur dan Daerah Sabak Bernam di sebelah utara.

      Keluasan daerah adalah kira-kira 119,452.46 hektar yang terdiri daripada sembilan (9) mukim iaitu Mukim Kuala Selangor, Pasangan, Hujong Permatang, Jeram, Ijok, Api-Api, Tanjong Karang, Batang Berjuntai dan Hulu Tinggi.Ibu daerah adalah Bandar Kuala Selangor.

      Nak dipendekkan cerita,memang Kuala Selangor mempunyai kawasan dan keistimewaannya tersendiri.Sebab tu la Kuala Selangor diberi jolokan 'Indah dan Bersejarah' kerana tempat yang menarik dan bersejarah.Ekonomi utama adalah pertanian terutama tanaman padi dan kelapa sawit, pelancongan adalah sektor kedua dan yang paling pesat berkembang sebab kawasannya yang menarik dan salah satu kawasan paling bersejarah dalam negeri Selangor,manakala perindustrian adalah sektor ketiga terutama industri kecil dan sederhana (IKS).

        Bandar Kuala Selangor dari pandangan atas.
                                     
      Kuala Selangor memang salah satu daerah yang tenteram di Selangor,terutama di bahagian utara Kuala Selangor sebab ekologi yang masih elok dan fresh.Tak percaya,cuba la singgah....tapi di bahagian selatan Kuala Selangor memang antara kawasan pembangunan yang sedang berkembang sebab lokasi yang memang strategik dan pembinaan infrastruktur mcam lebuhraya yang melancarkan perjalanan kawasan sekitar.Memang crowded tul sebab bandar baru muncul cam cendawan contoh Bandar Bestari Jaya.Bandar Seri Coadfield,Bandar Saujana Utama dan Bandar Puncak Alam.

      Lokasi Kuala Selangor

      Peta guna tanah Kuala Selangor (Puncak Alam di tenggara)

      Dalam peta di atas,Puncak Alam berada di tenggara Kuala Selangor dan dipisahkan oleh 2 mukim iaitu mukim Ijok dan Jeram.Dan ia ditadbir oleh Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS).

      INFORMASI BANDAR PUNCAK ALAM

      Puncak Alam atau Bandar Puncak Alam yang diberi gelaran “Bandar Pancuran Air”adalah sebuah bandar baru didalam daerah Kuala Selangor.Berkeluasan 14,000 ekar (57 km persegi)

      Berpopulasi 45.000 orang (Anggaran) daripada keseluruhan populasi daerah Kuala Selangor 209,260 orang.

      Dahulunya dikenali sebagai Bukit Cherakah,sebuah estet kelapa sawit dibawah kendalian FELDA.bandar ini mula dibangunkan dalam tahun 1990-an di bawah pengurusan Bukit Cherakah Development Sdn Bhd, sebuah syarikat swasta yang beroperasi di Shah Alam.

      Dibangunkan oleh Puncak Alam Housing Sdn Bhd. setelah bertukar nama Bermula daripada tarikh 15 Mei 2001,berpindah operasi serta membuka pejabat jualan di kawasan Puncak Alam.

      Namun,atas faktor kegawatan ekonomi,pembinaan terpaksa dihentikan dan banyak projek terbengkalai.Akibatnya,lebih banyak kemudahan prasarana dan kediaman tidak dapat diteruskan.

      Sebenarnya ada banyak lagi sebab kenapa Puncak Alam mempunyai banyak masalah,terutama sekali Puncak Alam Housing bankrap sebab banyak hutang kesan dari kegawatan ekonomi dan kos penukaran tanah pertanian kepada tanah pembangunan.Kesannya,anda boleh lihat sesetengah kawasan yang terbengkalai seperti Alam Perdana dan Alam Mutiara dan hanya 50% pembangunan dijalankan sebaliknya tanah tandus.

      Boleh dikatakan dulu Puncak Alam ni dah macam “pekan koboi” aku tengok.Ada lagi teruk ada orang cakap Puncak Alam terletak di ceruk hutan.Apa2 pun aku harap tempat ni akan berubah dengan drastik dan menjadi bandar yang pesat membangun setaraf bandar yang lain.


      Bandar Puncak Alam


      Pertama sekali yang anda perlu tahu, Puncak Alam bukan bandar tunggal tetapi digabungkan oleh sub-bandar yang lain.Mempunyai seksyen tersendiri dari seksyen 1 sampai seksyen 12.Kebiasaanya penduduk tempatan hanya menyebut beberapa tempat sebagai fasa.Puncak Alam menggunakan poskod 42300 bagi Bandar Puncak Alam menggantikan poskod 45010 Kuala Selangor yang lama.


      Puncak Alam 1 (Fasa 1)
      Merupakan kawasan taman perumahan terawal disini dan terdapat kemudahan surau,sekolah rendah dan sekolah menengah.Terletak di selatan Puncak Alam.


      Kemudahan surau dan sekolah di Fasa 1

      Puncak Alam 2 (Fasa 2)
      Taman perumahan kedua terawal.Merupakan kawasan utama penduduk untuk mendapatkan keperluan harian kerana terdapat beberapa kedai dan medan selera disediakan oleh pemaju.Terletak di tengah Puncak Alam.


      Puncak Alam 3 (Fasa 3)
      Taman perumahan ketiga disini.Berbeza dari  PA 1 &2,kawasannya dibina lebih tinggi kerana keadaan geografinya.Terdapat kemudahan surau dan sekolah rendah.Terletak di utara Puncak Alam.

      Kemudahan dan perumahan di Fasa 3


      Shah Alam 2     
      Sub-bandar kedua.dibangunkan oleh IJM Land dan merupakan kawasan perumahan bercirikan taman.Ader beberapa fasa dari fasa 2b1 hingga 2b10 dan kawasan perumahan Alam Suria.Terdapat beberapa kemudahan surau dan pusat komersial.Terletak di barat Puncak Alam.



      Shah Alam 2

                                                 pembangunan perniagaan di Shah Alam 2

      Taman Industri Alam Jaya
      Dibangunkan oleh Barisan Elite.Merupakan sub-bandar ketiga didalam Puncak Alam.Merupakan kawasan industri sederhana dan taman perumahan.Terletak di tengah2 Puncak Alam.

      Taman Industri Alam Jaya

      Alam Perdana
      Sub-bandar keempat.merupakn sebuah taman perumahan yang terbengkalai tetapi hanya terdapat beberapa kawasan yang diberi tanggungjawab oleh kerajaan negeri untuk dibangunkan semula.  
          
      Bandar Alam Perdana

      Alam Mutiara
      Sub-bandar kelima.Juga merupakan sebuah taman perumahan terbengkalai yang masih belum diuruskan.

      AJCC
      AJCC atau Alam Jaya Commersial Center adalah sebuah pusat perniagaan yang baru.Terdapat sbuah pasaraya Econsave di sebelahnya.
      Pusat Perdagangan Alam Jaya

               
      Alam Bangsa    

      Sebuah Sub-bandar cadangan pusat perniagaan.

      INSTITUSI PENDIDIKAN DI BANDAR PUNCAK ALAM

      Terdapat tiga buah sekolah kebangsaan di Puncak Alam iaitu SK Puncak Alam,SK Puncak Alam 2 dan SK Puncak Alam 3 dan sebuah sekolah menengah iaitu SMK Puncak Alam serta sebuah sekolah agama dan kafa integerasi.Terdapat sebuah IPTA di sini iaitu Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Puncak Alam,yang berkeluasan 4.3939 km persegi dan memuatkan 40,000 siswa dan tenaga pengajar.


      UiTM kampus Puncak Alam

       PEMBANGUNAN VS KEMUDAHAN

      Sebenarnya,semenjak UiTM naik,banyak pembangunan telah giat dijalankan selepas itu.Dulu,Puncak Alam boleh dikatakan "idup segan mati tak mau" dengan nilai rumah yang rendah dan infrastruktur yang teruk kini berubah dengan cepat berkembang pesat macam cendawan puncak.Terdapat kemudahan yang dibina setaraf keperluan semasa contoh Mc Donald,Econsave,Tesco dan yang terbaru Kompleks Masjid Puncak Alam yang akan menjadi mercu tanda Puncak Alam.Sebenarnya aku kagum sebab walaupun bandarnya tidaklah sebesar bandar jiran Klang dan Shah Alam tapi nampak sedikit perubahan drastik dari segi kemudahan.Dalam baru2 ini aku dengar akan dibina Hospital Universiti Uitm yang dibina bersebelahan kampus induk Uitm dan taman tema dan kawasan perniagaan di sekitarnya.Perumahan baru juga telah dibangunkan seperti Puncak Bestari dan Hillpark Shah Alam bagi menampung kapasiti semasa Bandar Puncak Alam dan pembinaan semula perumahan di Puncak Alam 3 telah dijalankan dengan sempurna sekali.Pada pendapat aku memang Bandar Puncak Alam akan mendapat status"bandaraya" tetapi agak lambat sedikit pembangunannya kerana projeknya yang berperingkat.

      Bandar Hillpark-Bandar berasaskan taman hutan

      One Alam Jaya-Kawasan perniagaan dan terdapat pusat membeli belah ditengahnya

      Kompleks Masjid Bandar Puncak Alam

      Taman Rekreasi Puncak Bestari
      Pasaraya Tesco dan Kompleks Masjid di sebelahnya

      POTENSI BANDAR PUNCAK ALAM

      Bandar Puncak Alam boleh menjadi bandar utama di bahagian utara Selangor seperti bandar-bandar lain,contohnya Bestari Jaya,Bandar Kuala Selangor dan Tanjung Karang tetapi banyak lagi kekurangan yang perlu diperbaiki.Puncak Alam sebenarnye boleh menarik minat pelabur luar untuk berniaga dan melabur serta menarik minat pembeli rumah untuk memiliki kediaman,tetapi infrastruktur dan kemudahan pengangkutan masih belum memuaskan.Mungkin dari semasa ke semasa keadaan ini akan berubah secara beransur-ansur.Jika pembangunan Bandar Puncak Alam siap sepenuhnya,berkemungkinan populasinya dianggarkan sekitar 350,000 dengan kemudahan prasarana yang lengkap.Mestilah harga hartanahnya pun naik juga kalau semua semua kemudahan lengkap tetapi ia adalah satu peluang keemasan bagi pelabur dan agen hartanah untuk memulakan tapak di sini.